KISAH GELAS SEPARUH PENUH

Inspirasi dari kisah benar.
.
.
Seorang ibu memiliki seorang  anak yg kacak, cerdik dan berpengetahuan luas bernama Jacob. Walaupun memiliki kelebihan tersebut, Jacob cenderung untuk melihat dgn prespektif "GELAS SEPARUH KOSONG".
.
.
Si ibu sudah mencuba pelbagai usaha untuk mengubah attitude Jacob dari suka merungut dan berpandangan negatif kpd lebih bersyukur dan positif.
.
.
Pada sambutan hari jadinya, si ibu menabung untuk membawanya ke Disneyland... Mereka bukan kerluarga yg kaya tapi si ibu sanggup untuk berkorban sedikit wang untuk jacob kerana dirasakan ia berbaloi.
.
.
Selepas puas bersuka ria di Disneyland, mereka semua tumbang keletihan dan si ibu bertanya.. "Kamu gembira jacob?" dan jacob menjawab...  "Taman permainan Pirates of the carribean tutup".
.
Jacob Marshal!!!  Si ibu menjerit... Si ibu betul2 tidak dapat menahan marah kali ini. Sambil berkata.. "Kita berdiri dan menunggu dalam barisan selama 1 jam setengah utk melihat The Haunted Mansion. Kita naik Space Mountain 3 kali. Kita berjalan dan bersuka ria dalam taman selama 2 hari suntuk di Disneyland dan apa yang kamu hanya kata Pirates of the Caribbean tutup!!!"
.
.
Kali ini si ibu bertekad utk mengubah sikap anak yg suka berfikiran negatif. Si ibu berazam mencari penyelesaian utk masalah ini. Atas bantuan sumber-sumber yg baik, si ibu melakarkan beberapa strategi.
.
.
Beberapa buku yg dirujuk menggambarkan anaknya seorang yang melankolik. Anak seperti Jacob seorang yang sensitif, berseni, analitikal, dan berperasaan mendalam iaitu mampu melihat setiap keburukan dalam setiap situasi. Itu adalah cara buku itu menggambarkan si Jacob ini.
.
.
Melalui kajian, orang bersikap melankolik ini perlukan sokongan dari sudut arahan dan sentiviti. Maksudnya,  si ibu perlu bersabar mendengar keluh kesah dan rungutan si Jacob terlebih dahulu, dan kemudian baru bertanyakan tentang perkara baik yang lain.
.
.
Seperti sebelum ni, si ibu sering menyekat keluhan negatifnya dan ini tidak menyokong keperluan sensitifnya. Sudah tiba masanya si ibu mggunakan strategi barunya.
.
.
Satu hari Jacob pulang dari sekolah dan seperti kebiasaan dia meluah dan menyenaraikan semua perkara tidak baik yg berlaku di sekolah. Si ibu mendengar dgn penuh khusyuk sambil memandang tepat ke anak matanya dan sekali-kali mengganguk tanda simpati.
.
.
Habis sahaja luahan Jacob, si ibu bertanya... "Apa perkara baik yg berlaku di sekolah?"  dan jacob jawab.. "Tiada apa-apa."
.
.
Si ibu terus bertanya dan menyokong... "Pasti ada sesuatu yg baik, kamu di sekolah selama 6 jam."
.
.
Si ibu memberi galakan. Si ibu terpaksa menunggu selama 15minit.. akhirnya Jacob mengaku.. "Saya keluar dan bersihkan pemadam papan hitam."
.
.
Si ibu bertanya lagi.. "sendirian?"
.
"Tidak, dgn Brandon".
.
"Kawan baik kamu?
.
"Ya", jawab Jacob.
.
Ibu membalas.. "Kamu maksudkan, kamu dapat keluar kelas dengan kawan baik bagi membersihkan pemadam? Pada ibu kamu sangat bertuah!!!
.
" Ya saya pun fikir begitu" balas Jacob.
.
.
Latihan demi latihan dan rutin setiap hari telah membantu Jacob melihat dari gelas separuh kosong (negatif)  kepada perspektif gelas separuh penuh (positif).
.
.
Namun ia bukanlah perkara mudah, Jacob adakalanya masih kembali kepada sikapnya yg dahulu tapi sekurang-kurangnya si ibu telah berjaya membina sikap yang baik kepada Jacob walaupun sedikit.
.
.
Ubah pandangan dari lihat gelas separuh kosong kepada gelas separuh penuh.
.
.
Semoga anda pada hari ini hebat dan penuh dgn kebaikan. 😊
.
.
#inspirasihari

Comments

Popular posts from this blog

4 Permintaan Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

KISAH SEBENAR SEWAKTU NABI MUHAMMAD SAW WAFAT