Resepi HOMEMADE SHELLOUT

Resepi HOMEMADE SHELLOUT




Assalammualaikum... semoga semua dalam lindungan rahmat Allah. ๐Ÿ˜Š
.
Alhamdulillah 19 Oktober 2018 kami berpeluang menyambut birthday ibu yang ke 66 tahun.
.
Dan seperti kebiasaan aku dan adik-beradik akan plan untuk celebrate birthday ibu. Sungguhpun aku adalah anak yang ke 3 dari 4 beradik. Namun lazimnya aku yang lebih dominan dalam membuat keputusan , memberi idea dalam sebarang aktiviti family hehehe. Dan lagi best kalau ada adik aku... Aku dan adik lebih berfikiran gila2 sikit...dan adik aku selalunya akan tambah idea dan cadangan jadikan aktiviti kami lagi menarik. Tapi kini adik aku dah pun berhijrah ke Amerika dan berkahwin serta menetap di sana. 
.
Aku dan abang2 ku.


Aku dan adik-beradik serta ibu

.
Aku pun whatsapp la dengan adik-beradik dan aku bagi cadangan supaya kali ni kita celebrate kat rumah abg no 2 kali ni di nilai...dan aku cadangkan supaya kami buat shellout!!! dan semua setuju. Tambahan pula kami pun pernah makan shellout di luar bersama, tetapi agak mahal dan tak puas makan hehehe. Jadi ini adalah time yang terbaik.
.
Kami pun berkongsi kos untuk membeli bahan mentah dan aku la yang akan ke pasar sebab rumah pun tak jauh dari Pasar Borong Selangor. Dan wow!!! ia sangat jimat berbanding makan shellout di luar.
.
Bahan basah untuk shellout iaitu sotong, udang harimau, ketam dan kupang.


Ikan siakap dan kerapu.
.
Kos untuk beli bahan basah hanya dalam RM 150 tapi amat berbaloi sbb jumlah dia sangat banyak...Semua bahan basah ni aku beli dalam 1.5 kilo setiap jenis. Kalau makan kat luar tak dapat der huhuhu. Mungkin hanya 300-500 gram dan berkongsi la makan 3-4 orang.
.
Dan aku la orang paling excited nak masak ni hahaha. Kami plan, pada pagi sabtu aku yang akan masak kuah shellout. Dan petangnya bertolak ke rumah abang di Nilai. Di sana baru kami potong dan cuci bahan basah dan masak bersama kuah shellout.
.
Pagi sabtu aku ke pasar borong lagi untuk beli bahan-bahan kering sebab hari tu tak sempat nak beli. 


Bermulalah HOMEMADE SHELLOUT

Kami celebrate birthday ibu pada hari Sabtu (lewat sehari dari tarikh birthday ibu) kerana hari Sabtu cuti.
.
Lepas balik dari pasar borong isteri dah pergi kerja dan dalam masa yang sama aku kena masak kuah shellout dan jaga anak. Uishhhh...mencabar der... Baru la aku terbayangkan macam mana dulu ibu jaga aku dan isteri aku jaga anak tanpa aku di rumah.
.
Tengah semangat nak masak pampers anak plak bocor... Ok aku pun mandikan dia. Lepas da siapkan dia aku pun nak mula masak tapi anak aku ni nak aku layan dia. Aku pun bagi la dia tengok youtube kat handphone. Tapi sekejap je la. Sebenarnya waktu aku tengah update blog ni pun aku buat sambil layan anak sebab dia suka kalau main dia akan datang kat aku atau bondanya dan cakap "Ayah tengok ni" dan sebagai ibu bapa pastikan kita layan dan respon pada anak kita ye.
.
Aku akan reply..."Wahhh pandainya...cantiknya. Buat lagi sayang." hehehehe
.



.
Aku siapkan la bahan-bahan yang nak ditumis, datang pulak anak aku cakap nak tengok video Baby Shark dodo kat TV. Aku pun on DVD dan masalahnya.... Anak aku kalau tengok video lagu kanak-kanak ni, dia nak aku menari sekali dengan dia. Aduhhhh terpaksa aku tinggalkan kerja dapur dan menari kat depan TV. Korang jangan bayangkan pulak aku yang kacak ni menari hahahaha.
.
Tak lama lepas tu anak buah aku turun dari biliknya... Alhamdulillah aku minta diorang main dengan anak aku ni. Tapi anak aku tetap dalam 3 minit sekali dia akan datang kacau aku kat dapur dan kemudian dia ke depan balik...tak lama lepas tu dia ke dapur balik... ahhhhh 1 jam punya kerja jadi 3 jam woooo. Dan kerja dia kalau ke dapur dia akan buka peti sejuk pastu tutup baik. Apa motif pun aku tak tahu hahahah.
.
Suci Cinta Kirana
.
Ok jom aku share resepi Homemade Shellout. Dan resepi ni aku buat untuk makan 10 orang. So kalau korang makan kurang atau lebih dari 10 orang pandai-pandailah korang anggar ye huuuuu.
.

๐Ÿ™Bahan basah Shellout.




Actually korang boleh la tambah makanan laut lain yang sesuai ikut budget dan kegemaran korang. Dan ku gunakan adalah

➤Udang harimau 1.5 kg (lebih elok udang putih sebab mudah dikopek dan lembut kulitnya, udang harimau kulit dia lebih keras sikit. Aku beli sebab udang harimau paling murah hehehe)
➤Sotong 1.5 kg
➤Ketam 1.5 kg
➤Kupang 2 pack

Ni option kalau korang nak letak
➤Ikan Siakap 2 ekor
➤Ikan Kerapu 2 ekor

Ikan aku buat goreng tepung


Sukatan bahan makan laut ni terpulang, tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan bahan rempah yang di sediakan.
.
Semua makanan laut ini di cuci bersih dulu. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Jangan repus lama sangat kerana seafood ni cepat masak sebenarnya. Sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.





๐ŸคBahan Sayur Shellout

Lobak merah 3 batang potong bulat
➤Brokoli
➤Jagung 4 Batang potong 3 bahagian
➤Kentang 4 Biji potong dadu

Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

๐Ÿ› Bahan Rempah

Bahan A (dikisar)

60 Tangkai cili kering - rendam lembut kalau rajin buang biji hehehe
6 biji bawang besar
6 biji bawang kecil
3 labu bawang putih
2 inci halia
2 inci belacan
1 genggam udang kering

Satukan bahan bersama air serta minyak dan dikisar sehingga halus.

Bahan B (ditumis)

18 ulas bawah putih dihiris halus
3 biji bawang merah dihiris halus
2 inci halia dihiris halus
15 tangkai daun kari dilurut
20 biji cili padi dihiris halus (kalau nak pedas tambah le lagi)
6 batang serai diketuk
Minyak masak untuk menumis
3 sudu besar butter

Bahan c (perasa)

9 sudu besar serbuk kari ikan
9 sudu besar sos tiram
9 sudu besar sos ikan
3 sudu teh serbuk lada hitam
3 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa...tapi aku memang tak letak garam langsung sebab udang kering, sos tiram dan sos ikan, belacan tu dah cukup beri rasa masin.

Cara memasak :


1. Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
2. Masukkan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
3. Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar        lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan       sedikit air dan masak lagi
4. Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
   Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos         tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
.
Biarkan kuah merenih sebentar.


.
Angkat dan masukkan dalam periuk lain
Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar dan angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar dan angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, dan udang
Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kupang dan lain-lain.
.
Selamat mencuba ๐Ÿ˜Š 

.

Selepas makan kami pun bersama-sama meraikan ibu dan anak perempuan abang sulung aku. Birthday dia dengan ibu pada bulan yang sama.
.


.
Alhamdulillah kami rasa sangat puas dan majlis berjalan lancar. Happy aku tengok ibu dapat meraikan birthday dengan anak-anak dan cucu nya sambil masak masakan kami. Aku dapat rasakan bagaimana perasaan ibu bila kita pula makan masakan yag dia dah sediakan.
.
Dan aku pun dapat rasakan kepenatan seorang ibu menyediakan makanan untuk anak-anaknya waktu kecil dahulu..
.
Doaku semoga ibu diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Ameen....

Comments

  1. Sini bermain di arena-domino.net
    Banyak hadiah hujan uang jutaan rupiah setiap hari
    Bonus mengajak teman 20%
    Tidak memberikan janji tapi memberikan bukti kepada anda semua

    Mari Bergabung sekarang juga di arena-domino.net
    Banyak total Jutaan rupiah menanti anda

    WA : +855964967353

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KISAH GELAS SEPARUH PENUH

4 Permintaan Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

KISAH SEBENAR SEWAKTU NABI MUHAMMAD SAW WAFAT