RAMAI SEDANG MENDOAKAN ANDA
INSPIRASI HARI 2
.
.
"Ketika kamu merasa akan putus asa, ingatlah di luar sana ada orang yang terus mendoakan agar kamu tetap kuat."
.
.
Ujian demi ujian yang dilalui adalanya mampu melelahkan kita. Saat hidup dalam kedukaan musibah masih datang menimpa diri kita. Sehingga satu tahap kita sudah seperti kehilangan harapan.
.
.
Namun harus kita sedari, setiap ujian itu datang dengan hikmahnya yang tersendiri. Seperti hujan lebat yang turun berteman ribut petir, sesudahnya pelangi yang indah bakal menjelma bersama sinar mentari yang cerah berseri.
.
.
Di setiap hari-hari yang kita lalui kita tidak pernah tahu betapa kita dikelilingi oleh ramai manusia yang sedang mendoakan kita. Ajaib bukan?
.
.
Bagi yang tidak mempunyai ramai kawan atau telah ditinggalkan sahabat pasti merasa sangat berduka. Dalam keadaan di saat musibah datang melanda tiada teman dapat membantu atau untuk sekadar meluah rasa.

Kini anda bakal sedari di setiap liku-liku hidup anda tetap ada yang mendoakan kejayaan anda.
.
.
SIAPAKAH MEREKA?
.
1. IBU BAPA. Mereka telah melahir dan mengasuh kita. Selepas di saat itu mereka tidak pernah gagal dalam doanya untuk meminta agar kita berjaya.
.
2. GURU. Satu-satunya insan yang mahukan kita agar lebih berjaya daripada mereka. Mereka telah mengorbankan masa mereka untuk mendidik kita dari mendidik anak mereka. Dan mereka mengharapkan anak didiknya menjadi insan yang berjaya.
.
3. SAHABAT SETIA. Mereka sedia mendengar setiap masalah dan keluhan kita. Meskipun taidak mampu membantu tapi mereka tidak sanggup melihat kesusahan kita. Mereka juga bersama merasai penderitaan yang kita lalui.
.
4. ORANG YANG BERIMAN. Mereka mengharapkan agar makhluk Tuhan hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni serta berada dalam rahmat Tuhan. Orang yang mereka maksudkan ialah anda.
.
.
Kenangilah doa-doa mereka dan usah disia-siakan. Kerana Tuhan sedang menyusun doa-doa mereka dan meletakkannya dalam senarai. Anda harus percaya dan terus berusaha. Dan meraihnya di satu masa.
.
.
Teruskan berjalan dan jangan berhenti. Teruskan berdoa kepada Illahi. Teruskan bertindak untuk hasil yang pasti. Di sebalik ujian kejayaan sedang menanti. Andalah pejuang apa yang diimpi.
.
.
#inspirasihari

Nah, dengarkan lagu inspirasi agar dapat menghidupkan hari anda. :)
Comments
Post a Comment