ANDA ADALAH BINTANG ITU



INSPIRASI HARI 6

Kamu adalah salah satu bintang yang telah jatuh ke bumi... Cahaya kamu menghiasi hati kelam orang lain.  ✨๐ŸŒŸ๐ŸŒž
.
.
Tuhan telah menciptakan kita hadir ke dunia ini dan setiap di antara kita mempunyai peranan dan tugas masing-masing. 

Setiap peranan kita bagai melengkapi kitaran hidup dan aturan bumi ini. Namun kitaran ini bisa terputus atau terganggu bila peranan dan tugas setiap manusia itu tidak dijalankan dengan baik. 

Ketahuilah setiap dari anda melalui tugas atau jawatan anda, mampu memberi harapan dan mengubah dunia ini selagi berlandaskan garis panduan agama. Walaupun anda hanyalah seorang pengutip sampah. Bayangkan anda tiada, berlonggok sampah mencemari sungguhpun anda tiada untuk seketika. Lihat betapa pentingnya anda pada dunia sebenarnya. 

Diri anda mempunyai cahaya yang tersendiri... Sinarilah orang lain dengan  cahaya anda dan jangan risau kerana cahaya anda tidak akan pernah padam dan habis. ๐ŸŒŒ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’ซ✨


#inspirasihari 

Gambar ini adalah sewaktu saya menjadi speaker di Seminar Berani Straight๐Ÿ…ฐ dengan tema superhero Avengers dan saya memilih watak sebagai Hawkeye.



 Bersama speaker Seminar Berani Straight๐Ÿ…ฐ. Salah seorang darinya adalah guru saya yang banyak membantu dan membimbing saya. 
Bersama barisan Ampacoaches dan Ampachampion yang menjayakan seminar tersebut. 

Comments

Popular posts from this blog

KISAH GELAS SEPARUH PENUH

4 Permintaan Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

KISAH SEBENAR SEWAKTU NABI MUHAMMAD SAW WAFAT