INPIRASI PERJALANAN HIDUP

Inpirasi kejayaan... Untuk jangka panjang . Sebelum berusia 20 tahun jadilah MURID yang baik. Jika berniaga, pelajari pengalaman darinya. Tidak mengapa anda melakukan sebanyak kesalahan kerana itu adalah pelajaran yang baik untuk anda. . Sebelum berusia 30 tahun ikutlah SESEORANG. Bekerjalah dengan syarikat yang kecil. Umumnya syarikat yang besar sangatlah baik dalam belajar sesuatu kerana anda sebahagian mesin yang besar. Tapi apabila anda bekerja dengan syarikat yang kecil, anda belajar tentang kesabaran, anda belajar tentang impian dan anda belajar banyak benda dan melakukan banyak hal sekali gus! Ia bukan tentang syarikat mana yang kamu ikut tetapi bos mana yang kamu ikut. Ini yang paling penting, bos yang baik banyak mempengaruhi anda. . Diantara umur 30-40 tahun kamu kena fikirkan dan bimbang tentang diri kamu jika ingin berbisnes. Jika ingin terus bekerja...teruskanlah. . Pada umur 40-50 tahun, anda harus lakukan sesuatu sesuai dengan kemampuan anda. Jangan lompat ke bidang lain kerana ia agak terlewat. Anda mungkin boleh berjaya tetapi risiko untuk gagal adalah lebih besar. . Pada umur 50-60 tahun, bekerjalah dengan anak muda kerana anak muda boleh lakukan lebih baik dari kamu. Maka terima mereka dan laburkan untuk mereka dan pastikan mereka bagus. . Pada usia 60 tahun dan seterusnya, habiskan masa untuk diri anda.


Saya seorang berkelulusan IPTA. Selepas tamat belajar saya pernah bekerja dengan beberapa syarikat kecil dan besar serta berniaga sehingga gagal pada usia 27 tahun. Kemudian saya bangkit kembali bekerja di sebuah syarikat berbekalkan pengalaman kerja dan berniaga selama 7 tahun dengan gaji permulaan hanya RM 1600 pada usia 28 tahun!!! Selain telah diseraihitam di Bank Negara dan saya juga turut pernah hampir diisytiharkan MUFLIS oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. . In sha Allah anda mampu merancang perjalanan hidup anda dengan lebih baik. . Salam INPIRASI buat anda.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH GELAS SEPARUH PENUH

4 Permintaan Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

KISAH SEBENAR SEWAKTU NABI MUHAMMAD SAW WAFAT