HAPUSKAN 1000 KESALAHAN ANDA

INSPIRASI HARI 3
.

Dari Sa'ad bin Abu Waqas r.a.  dia berkata :
.
.
Kami pernah berada di sisi Rasulullah saw. Setelah itu baginda bertanya, 
.
.
"Apakah mampu salah seorang dari kamu memperoleh 1000 kebaikan dalam sehari?"
.
.
Lalu salah seorang dari para sahabat bertanya,
.
.
"Ya Rasulullah, bagaimana mungkin seseorang akan mampu meraih 1000 kebaikan dalam sehari?"
.
.
Rasulullah berkata, "Ketahuilah bahawa orang yang bertasbih seratus kali akan dicatat seribu kebaikan untuknya dan dihapus seribu kesalahan darinya."
.
.
Sahih Muslim
.
.
Tasbih : “Subhanallah”,
ertinya “Maha Suci Allah”.
.
Tahmid : “Alhamdulillah”,
ertinya “Segala Puji Bagi Allah”.
.
Takbir : “Allahuakbar”,
ertinya “Maha Besar Allah” .
.
Tahlil : “Laa ilaha Illallah”
ertinya “Tiada Tuhan Selain Allah”.
.
Istighfar : “Astaghfirullah hal adzim”,
ertinya “Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.
.
.
#inspirasihari 


Tasbih digital ini pemberian dari guru saya. Terima kasih buat guru saya atas pemberian ini. Tasbih yang ni da habis bateri dan kini saya dah beli tasbih digital yang baru. Kepada anda yang membaca, kalau tak tahu nak bagi hadiah apa pada seseorang. Hadiahkanlah dia tasbih digital ni.😊

Comments

Popular posts from this blog

KISAH GELAS SEPARUH PENUH

4 Permintaan Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

KISAH SEBENAR SEWAKTU NABI MUHAMMAD SAW WAFAT