KETENANGAN ADALAH SUMBER KEBAHAGIAAN
INSPIRASI HARI 1
.
.
"Ketenangan hati adalah apabila kita percaya setiap kesusahan hidup akan berakhir dengan kegembiraan.
Kita percaya dan kita berjaya."
.
.
*Buku ni belum keluar lagi hehehe... Ini hanyalah lakaran LAW of ATTRACTION editor sebagai lakaran impian.
.
.
"Ketenangan hati adalah apabila kita percaya setiap kesusahan hidup akan berakhir dengan kegembiraan.
Kita percaya dan kita berjaya."
.
.
Hidup ini sememangnya berliku dan kemanisannya hanya dapat kita rasakan setelah berjaya melaluinya. Namun setiap kesusahan itu bakal memberikan pengalaman dan pengajaran yang sangat bermakna buat kita. Cuba imbas kembali kesusahan-kesusahan yang telah anda lalui. Dan yang paling penting APAKAH YANG ANDA TELAH PELAJARI DARI KESUSAHAN ITU?
.
.
Anda telah pelajari sesuatu dari itu. Itu adalah harga yang sangat mahal yang tidak mungkin dirasai oleh orang lain dan anda telah melaluinya. Dan itu menjadikan anda lebih istimewa berbanding yang lain melalui pengalaman itu.
.
.
Kesusahan yang dihadapi mampu diubah selagi anda terus cekal untuk itu dan percayalah anda mampu hadapinya kerana KEGEMBIRAAN sedang menanti anda di hadapan sana. Lalui sahaja kesusahan itu dengan bahagia dan bersyukur di samping berdoa serta tindakan-tindakan sepatutnya.
.
.
Percayalah anda bakal bahagia dan gembira :)*Buku ni belum keluar lagi hehehe... Ini hanyalah lakaran LAW of ATTRACTION editor sebagai lakaran impian.
Comments
Post a Comment