JALAN ITU ADALAH TAKDIR KITA

INSPIRASI HARI 7

KITA SERING BERTEMU PADA JALAN TAKDIR YANG SERING KITA ELAK. ITULAH JALAN-JALAN KETENTUAN ALLAH YANG TERBAIK.
.
.
Dalam menempuh kehidupan ini, sedari awal antara kita telah pun sedia merancang kehidupan seharian atau pun masa depannya. Namun sedar atau tidak, seringkali rencana kita tidak berjalan dengan baik atau langsung gagal!!!
.
Dan pada saat itu kita berasa kecewa dan bagi yang tidak punya iman akan mula menyalahkan orang lain serta takdir.
.
Ini adalah cara merespon pada situasi dengan cara yang salah. Kerana harus kita ketahui, memang benar kita telah merancang TAPI... ALLAH juga telah merancang dan perancangan ALLAH itu lebih bijaksana.
.
Dengan keterbatasan ilmu yang kita miliki kita telah merasakan bahawa kita telah merancang denganbaik. Tapi sebenarnya akan wujud cabaran-cabaran yang tidak dapat kita jangka dan akhirnya kita terpaksa melalui jalan yang lain atau mengambil keputusan yang lain yang mana mungkin tersasar dari apa yang dirancang.
.
Allah adalah tuhan dan DIA maha mengetahui yang terbaik untuk kita meskipun apa yang bakal kita lalui adalah PEDIH dan MENYAKITKAN. 
.
Ingatlah saat kita di usia kanak-kanak. Banyak perkara yang ibu bapa kita larang sedangkan pada kita benda itu amat menyeronokkan. KENAPA? Kerana dengan ilmu yang kita ada pada saat itu kita tidak mampu berfikir jauh seperti ibu bapa kita. Sedangkan ibu bapa kita sebenarnya tahu perkara yang bakal kita lakukan pada waktu itu memang menyeronokkan buat anaknya... Namun ilmu yang ada pada ibu bapa kita pada waktu itu membantu mereka agar melarang kita supaya tidak ada kecederaan dan bahaya yang akan datang kepada kita.
.
Begitulah perinya... ALLAH memberi halangan dan cabaran sebagai teguran kepada kita untuk kita nilai kembali tindakan kita. Mungkin kita perlukan bantuan dari yang pakar, perlukan bimbingan, perlukan lebih kajian dan sebagainya atau mungkin apa yang kita rancang bukanlah sesuatu yang terbaik untuk diri kita buat masa ini dan kita perlu melalui jalan-jalan yang lain yang mana lebih baik dan banyak hikmahnya sungguh pun jalan yang bakal dilalui itu berliku dan pahit.
.
#inspirasihari
.
Gambar ini sewaktu saya berada di kampung saya Sungai Pinggan, Pontian, Johor. Tapi ni bukan sungai...ni parit. Saya ingat lagi waktu saya kecil, kampung saya belum ada bilik air yang sempurna. Jadi kami akan mandi di sini. Sekarang tidak lagi hehehe....

Comments

Popular posts from this blog

KISAH GELAS SEPARUH PENUH

4 Permintaan Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

KISAH SEBENAR SEWAKTU NABI MUHAMMAD SAW WAFAT