LINDUNGI KESEDIHAN ANDA

INSPIRASI HARI 4
.
.
Lindungilah kesedihan dan kepiluan mu dengan SENYUMAN meskipun kamu sedang dalam keadaan berduka. Kerana ketabahan mu menandakan bahawa kamu punya iman.
.
.
Senyum dari makna yang mampu kita mengerti adalah ekspresi dari dalam diri kita yang pada akhirnya tertuang menjadi sebuah wajah yang indah. 
๐Ÿ˜Š
.
.
Senyuman memberi reaksi positif dalam banyak hal yang mampu membuat kita lebih menarik, menawan serta memberi pengaruh positif kepada orang lain.
.
.
Corak senyuman memiliki banyak erti tapi menurut kebanyakan orang senyuman bererti orang tersebut sedang merasa bahagia dan boleh juga dikatakan senyuman di sebalik kesedihan sebagai orang dengan personaliti yang sangat baik. 
๐Ÿ˜Š
.
.
Memberikan sebuah senyuman secara ikhlas terhadap orang lain merupakan satu sedekah, karena dapat membuat hati orang yang memandangnya menjadi senang. Itulah sebabnya senyum itu ibadah, karena senyuman itu termasuk sebahagian dari ibadah yang paling mudah.
.
.
Nah saya kongsikan kelebihan SENYUMAN... Semoga bermanfaat buat anda. ๐Ÿ˜Š
.
1. Senyum membuat anda lebih menarik
Pada umumnya orang akan merasa lebih tertarik kepada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri dan juga terlihat orang yang selalu berpikiran positif.
.
2.  Senyum dapat menugbah perasaan anda
Saat anda sedang kesal atau pun bersedih, cubalah untuk tersenyum dan rasakanlah perbezaanya. Apapun yang membebani hidup anda akan terasa lebih ringan bila anda tersenyum.
.
3. Senyum dapat mengurangkan stress.
Percaya atau tidak, senyum itu dapat menghilangkan stress. Ketika stres mula menyerang, cubalah anda untuk tersenyum, maka stres anda pun akan berkurang sedikit demi sedikit dan hilang dengan sendirinya sehingga anda akan merasa jauh lebih baik dan siap untuk menjalani kehidupan dengan fikiran yang lebih positif.
.
4. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum.
Tahukah anda bahwa senyuman dapat merangsang orang lain untuk tersenyum ? Ketika seseorang tersenyum  maka senyuman tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, ceria dan dapat mengubah mood orang lain yang berada disekitar anda serta akan membuat orang lebih merasa senang dengan anda. Orang yang suka tersenyum itu akan membawa kebahagiaan untuk orang-orang yang ada disekitarnya. Supaya disukai banyak orang, cubalah untuk tersenyum kepada orang lain.
.
5. Senyum menurunkan tekanan darah
Ketika anda marah secara automatik darah akan ikut naik sehingga tekanan darah pun akan tinggi. Untuk menurunkannya, cubalah untuk tersenyum. Tidak percaya??? Cuba anda ukur dengan alat pengukur tekanan darah, pasti anda akan mengetahui hasilnya.

6. Senyum meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Ketika anda tersenyum, sistem imun didalam tubuh akan bekerja dengan lebih baik. Ketika fungsi imun mengalami peningkatan, maka orang tersebut akan merasa lebih rileks dan terhindar dari penyakit seperti selesema..
.
7. Senyuman dapat melepaskan endorfin, penghilang rasa sakit dan serotonin
Sebuah kajian telah membuktikan bahawa senyuman itu dapat melepaskan endorfin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya ini mampu membuat anda merasa lebih baik dan menjadi penawar semulajadi.
.
8. Senyuman dapat membuat anda kelihatan lebih berjaya
Orang yang suka tersenyum akan terlihat lebih yakin dan mempercayai diri sendiri sehingga lebih dipromosikan, Selain itu pasang senyum anda di setiap pertemuan, pasti akan mendapat reaksi yang positif dari orang yang bertemu anda.
.
9. Lipatan senyum di wajah dapat membuat orang terlihat lebih muda
Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum bisa membantu mengangkat wajah sehingga membuat orang tampak lebih muda. Oleh itu cuba lebihkan tersenyuman, anda akan kelihatan lebih muda dan lebih baik.
.
10. Senyum dapat membantu orang tetap berfikiran positif
Senyum akan membuat seseorang lebih positif dan mengurangi fikiran negatif. Dengan mengurangi depresi, stress dan kerisauan, maka kesihatan seseorang juga akan meningkat dan menghindarinya dari berbagai risiko penyakit.
.
.
Jadi JOM SENYUM. ๐Ÿ˜Š
.
.
#inspirasihari 


Lagu kempen senyuman ๐Ÿ˜Š Lagu ni legend masa saya zaman sekolah rendah dulu huhu...


Comments

Popular posts from this blog

KISAH GELAS SEPARUH PENUH

4 Permintaan Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

KISAH SEBENAR SEWAKTU NABI MUHAMMAD SAW WAFAT