MENJADI PELAKON SELEPAS MENGHIDAP SINDROM



Inspirasi dari kisah benar...


Seorang ibu menyedari anaknya mengerdipkan mata lebih dari biasa. Pada mulanya si ibu anggap mata anaknya dimasuki habuk, namun kerdipan luar biasa mata anaknya tidak berubah.  Bukan itu saja, anaknya turut akan tergagap tanpa boleh dikawal dan kepalanya sedikit terhangguk-hangguk. 

Setelah dirujuk kepada doktor, anak lelakinya disahkan mengalami penyakit dan nama pendeknya dikenali sebagai sindrom tac. 

Semenjak hari itu anaknya mula diam dan mengasingkan diri kerana tertekan dengan keadaan dirinya dan merasa malu. Dia lebih banyak duduk di rumah dari bermain bersama kawan dan jiran. Adakalanya anaknya lebih suka berada di ruang privasinya dan melepaskan segala yg terpendam dalam hatinya. 

Pada satu hari,  si ibu sedang membelek-belek video kameranya. Dan tanpa disedari, rupanya si anak telah merakam aksinya apabila berlakon sendirian. Dan si ibu sangat terperanjat apabila dia melihat rakaman anaknya, tiada langsung sindrom sewaktu lakonan dirakam. Anaknya sendiri turut terperanjat.

Barulah mereka sedar... Sindromnya boleh hilang pada waktu yg si anak benar-benar dalam keadaan fokus. Si anak mula menanam cita-cita utk menjadi pelakon professional. 

Sewaktu mula belajar di kolej,  ibunya sangat bersimpati dgn anaknya kerana mengalami masalah komunikasi disebabkan sindrom tersebut.  Namun si anak tetap mengharunginya dan itu membuat ibunya rasa sgt terharu. 

Pada suatu hari si anak pergi ke sesi uji bakat utk memasuki kelas lakonan... Dan paling menggembirakan.. Selepas beberapa ketika, si anak menelefon ibunya dan memberitahu dia telah berjaya mendapat tawaran berlakon dalam siri drama terkenal CSI!!!

Si ibu sgt bersyukur dan tidak menyangka penyakit yang selama ini meresahkan fikirannya memberi anugerah yang indah.

#inspirasihari 

Comments

Popular posts from this blog

KISAH GELAS SEPARUH PENUH

4 Permintaan Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

KISAH SEBENAR SEWAKTU NABI MUHAMMAD SAW WAFAT