SEBUAH PEMERGIAN


Mei ini genap 20 tahun pemergian ayah ke rahmatullah... dia seorang pendidik, seorang guru disiplin, seorg pegawai kementerian pendidikan, seorg pensyarah maktab perguruan, seorg ayah dan seorg suami kpd ibu ku. (klik play lagu di atas dan teruskan pembacaan anda, terima kasih)
.
Lebih dikenali sbg Cikgu Bakar...sgt mengambil berat ttg disiplin anak2 dan anak org lain.
.
Sering masuk surau stp maghrib pada rakaat terakhir utk memastikan tiada kanak2 atau anak remaja di luar surau yg bermain atau melepak... dan bila berada dlm surau akan perhatikan saf kanak2 dan anaknya pun kadang2 ada dlm tu terima habuan kalau dia perasan bermain dlm saf hehehe...kdg2 akan ada kwn yg beri signal "cikgu bakar sampai!!!" Smua berlari masuk dlm saf...
.
Jarang menyentuh kami adik beradik ketika kejut utk bangun tdo awal pagi. Hanya dgn panggilan kami adik beradik akan kelam kabut dptkan tuala terus ke bilik air... itu saat paling melucukan bila kami berborak ttg ayah bersama adik beradik.
.
Pagi itu sepatutnya kami (ayah, ibu, saya dan adik) bertolak ke rumah atuk di serdang, selangor dan tidur di sana kerana keesokannya adalah hari konvokesyen buat abg ku di uitm shah alam.
.
Ditakdir Allah, pagi itu kami bertiga demam kecuali ayah. Tapi keadaan aku agak sedikit baik berbanding ibu. Ayah buat keputusan untuk tidak ke serdang tapi menghantar aku ke stesen bas utk ke serdang supaya membawa pas/kad untuk ke konvokesyen abang ku. Aku memang sudah biasa dari batu pahat ke KL seorang diri terutamanya pada cuti sekolah. Dan kali ini aku ke serdang dgn misi sebagai wakil family untuk hantar kad konvokesyen kepada atuk nenek ku supaya mereka ke majlis konvokesyen abang ku.
.
Ayah menelefon atuk dan memberitahu bahawa dia dan ibu tidak dapat le serdang dan meminta atuk dan nenek supaya mewakilinya ke majlis konvokesyen abang ku. Dan ayah memaklumkan kepada atuk bahawa dia akan menghantar aku untuk kirim kan kad konvokesyen. Selepas bercakap dgn atuk, ayah sempat bercakap dengan abang ke dua yg ketika itu berada di rumah atuk. Aku dapat dengar perbualan ayah di telefon ketika itu. Tiada apa yang pelik, semua seperti biasa.
.
Dalam kereta sewaktu nak kelua adik aku berlari dari dalam rumah ke kereta kami dan menjerit nak ikut aku le serdang.. Ayah aku suruh dia packing dan dia sudi untuk menunggu adik. Masa adik masuk ke rumah semula... Aku seperti mengeluh kpd ayah.. "Susah la nanti bawa fiko ayah.. ".. (fiko adalah panggilan aku kpd adik ketika itu).
.
Ayah hanya diam... Dan selepas itu ayah memandang ku dgn pandangan yg tajam.. Pada mulanya aku fikirkan dia nak marah aku.. Tapi dia dia... Dan kemudian keluar sedikit suara dia spt menahan kesakitan.. Allah.. Itu adalah pertama kali aku melihat ayah ku dalam keadaan begitu. Dan ayah aku sempat berkata "Am...ayah dan tak tahan lagi am..." dan..... Kereta kami terus berjalan (aku jangka dalam menahan kesakitan tu ayah tertekan pedal minyak dan kereta kami berjalan lebih kurang 100 meter sehingga melanggar pokok. (air mata aku dah mengalir saat menaip ni)
.
Aku keluar dari kereta dan menahan kereta yang lalu... Aku cakap "Ayah saya sakit.. Tolong saya.. "
.
Aku lihat jiran beberapa rumah mula keluar dan bantu... Mereka angkat baringkan di atas jalan untuk lihat apa yang boleh dibantu.. Ayah waktu itu masih dalam keadaan menahan kesakitan. Tak lana lepas itu ayah diangkat masuk ke dalam kereta yang aku tahan itu.
.
Aku memangku kepala ayah di temoat duduk belakang. Dalam perjalan aku usap2 kepala ayah. Waktu itu aku tak menangis kerana masih terperanjat. Aku rasa hidung dan dada ayah.. Ayah tak bernafas! Aku bgtahu kepada tuan kereta tersebut yang ayah tak bernafas. Dia terus memandu laju (semoga Allah merahmati orang yang membawa kami ke hospital ini).
.
Sesampai di hospital ayah dimasukkan ke wad kecemasa dan aku tak tahu apa yang terjadi dalam wad tersebut.. Aku tunggu di luar sambil berdoa dan berharap dapat dengar ayah cakap kembali.
.
Dalam 10 minit doktor keluar dan bertemu aku... Doktor tanya "Tadi tu siapa adik?"..
.
Aku jawab... "Ayah".
.
Ooo.. Ayah... Adik-beradik lain, ibu ada sini? Tanya doktor lagi.
.
Aku pun jawab la seperti cerita awal tadi.
.
Doktor pun balas... "Adik... Doktor nak bgtau ni..."
.
Aku tak syak apa2 pun...
.
Doktor tu sambung... "Ayah adik dah takde".
.
Aku hanya terdiam tak tahu nak berkata dan bereaksi bagaimana.
.
Doktor sambung lagi... "Adik nak tengok ayah adik?"
.
Aku hanya angguk.
.
Doktor membawa aku masuk ke bilik wad dan aku terlihat jasad berselimut putih menutupi mukanya.... Dan... Kemudian doktor membuka selimut di bahagian muka.... Itulah wajah ayah ku yang tidak bernyawa lagi. Dan ketika itu serta merta air mata mengalir sederas-derasnya beriring perasaan yang sangat2 luluh.
.
Doktor menasihati aku agar bersabar dan berdoa dan meminta aku mebelefon ahli keluarga.
.
Aku mula menelepon atuk...atuk terdiam dan terperanjat kerana baru beberapa jam lepas ayah baru telefon atuk....kemudian aku telefon ibu, itulah saat paling sayu buat aku apabila ibu menangis lemah.
.
Tak lama selepas itu, jiran aku datang menjemput aku untuk membantu uruskan hal2 urusan kematian (buat laporan polis n sbgnya). Semoga Allah merahmati jiran ku Cikgu Halim.
.
Setiba di rumah ramai pelajar2 maktab ayah da ada di rumah dgn jiran2 lain...aku terus ke bilik diam dan duduk seorg diri...sehingga dtg makcik jiran sebelah rumah suruh bersiap teman ibu untuj ke hospital lihat jenazah ayah kat hospital.
.
Sesampai aku terpaksa melalui saat getir sekali lagi dengan sebak sesebaknya... Aku lihat ibu menangis lemah depan jenazah... Makcik jiran yang mengiringi turut menangis. (makcik jiran ku adalah seorang guru juga, kawan adik ku adalah pelajar kelasnya. Kawan adik ku bagitahu kepada adik aku, di kelas cikgu ada cerita tentang kematian jirannya dan dia menangis dalam kelas tersebut sewaktu bercerita kepada anak muridnya.
.
Kemudian kami pulang dan saudara mara sampai di rumah. Baru rasa sedikit terubat bila lihat saudara mara datang berkunjung.
.
Jenazah ayah dimakamkan di kampungnya di pontian, johor.
.
Jika ditanya apakah perkara yang paling sedih dalam hidup? Apa peristiwa yang tak dapat dilupakan? Apakah sebab kau jadi kuat? Apa sebab kau tak kan pernah mengalah? Apakah sebab kau terus bangkit? Apakah sebab kau keras? Apakah sebab kau akan terus berjuang?
.
Antara jawapannya ada di atas sana.
.
Ku titipkan doa buat arwah ayah. Semoga roh nya dirahmati dan di tempatkan bersama para kekasih-Nya.
.
Beberapa tahun berlalu dan kami sekeluarga telah pindah ke serdang. Kami adik beradik adakalanya mengusik ibu agar berkahwin. Ibu hanya tergelak.
.
Cuma aku pernah terdengar ibu berborak dengan makcik... Ibu kata memang tak nak kahwin lagi.. Sebab ibu pernah terdengar pendapat "jika seseorang itu berkahwin lagi selepas ketiadaan suami, dia takkan berjumpa lagi dengan suami sebelumnya di akhirat nanti".... Sebak aku dengar.
.
Aku bukan kisahkan tentang pendapat tu sahih tak sahih, sesat ke tak sesat. Yang buat aku sebak adalah tentang kesetiaan ibu menunggu saat untuk berjumpa ayah kembali di akhirat nanti. (air mata aku jatuh lagi wei masa taip ayat ni).
.
Semoga Allah satukan kami sekeluarga di syurga nanti. Amin ya rabbal a'lamin.



Arwah ayah merupakan lulusan dalam pertanian di UPM dan menjadi dianugerah sebagai pelajar pertanian terbaik pada majlis konvokesyennya. (aku masih mencari keratan akhbar tersebut, doakan aku jumpa)


Comments

  1. Sini bermain di arena-domino.net
    Banyak hadiah hujan uang jutaan rupiah setiap hari
    Bonus mengajak teman 20%
    Tidak memberikan janji tapi memberikan bukti kepada anda semua

    Mari Bergabung sekarang juga di arena-domino.net
    Banyak total Jutaan rupiah menanti anda

    WA : +855964967353

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KISAH GELAS SEPARUH PENUH

4 Permintaan Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

KISAH SEBENAR SEWAKTU NABI MUHAMMAD SAW WAFAT