Posts

4 Permintaan Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

Image
Rasulullah SAW berpesan kepada Siti Aisyah ra.“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu : .  .  .  ๐Ÿ‘‰Sebelum khatam al-Quran.  .  ๐Ÿ‘‰Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat. .  ๐Ÿ‘‰Sebelum para muslimin meredhai engkau. .  ๐Ÿ‘‰Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah.  .  .  .  “ Bertanya siti Aisyah : “Ya Rasulullah! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara tersebut dengan seketika? “๐Ÿ˜ง๐Ÿ˜ง๐Ÿ˜ง                              Gambar Hiasan .  R asulullah tersenyum dan bersabda : .  “Jika engkau hendak tidur, bacalah surah Al –Ikhlas tiga k ali. Ia seumpama engkau telah mengkhatamkan Al-Quran."   . “Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “. Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa M...

Resepi HOMEMADE SHELLOUT

Image
Resepi HOMEMADE SHELLOUT Assalammualaikum... semoga semua dalam lindungan rahmat Allah. ๐Ÿ˜Š . Alhamdulillah 19 Oktober 2018 kami berpeluang menyambut birthday ibu yang ke 66 tahun. . Dan seperti kebiasaan aku dan adik-beradik akan plan untuk celebrate birthday ibu. Sungguhpun aku adalah anak yang ke 3 dari 4 beradik. Namun lazimnya aku yang lebih dominan dalam membuat keputusan , memberi idea dalam sebarang aktiviti family hehehe. Dan lagi best kalau ada adik aku... Aku dan adik lebih berfikiran gila2 sikit...dan adik aku selalunya akan tambah idea dan cadangan jadikan aktiviti kami lagi menarik. Tapi kini adik aku dah pun berhijrah ke Amerika dan berkahwin serta menetap di sana.  . Aku dan abang2 ku. Aku dan adik-beradik serta ibu . Aku pun whatsapp la dengan adik-beradik dan aku bagi cadangan supaya kali ni kita celebrate kat rumah abg no 2 kali ni di nilai...dan aku cadangkan supaya kami buat shellout!!! dan semua setuju. Tambahan pula kami pun pernah ...

INPIRASI PERJALANAN HIDUP

Image
Inpirasi kejayaan... Untuk jangka panjang . Sebelum berusia 20 tahun jadilah MURID yang baik. Jika berniaga, pelajari pengalaman darinya. Tidak mengapa anda melakukan sebanyak kesalahan kerana itu adalah pelajaran yang baik untuk anda. . Sebelum berusia 30 tahun ikutlah SESEORANG. Bekerjalah dengan syarikat yang kecil. Umumnya syarikat yang besar sangatlah baik dalam belajar sesuatu kerana anda sebahagian mesin yang besar. Tapi apabila anda bekerja dengan syarikat yang kecil, anda belajar tentang kesabaran, anda belajar tentang impian dan anda belajar banyak benda dan melakukan banyak hal sekali gus! Ia bukan tentang syarikat mana yang kamu ikut tetapi bos mana yang kamu ikut. Ini yang paling penting, bos yang baik banyak mempengaruhi anda. . Diantara umur 30-40 tahun kamu kena fikirkan dan bimbang tentang diri kamu jika ingin berbisnes. Jika ingin terus bekerja...teruskanlah. . Pada umur 40-50 tahun, anda harus lakukan sesuatu sesuai dengan kemampuan anda. Jangan lompat ke b...

SEBUAH PEMERGIAN

Image
Mei ini genap 20 tahun pemergian ayah ke rahmatullah... dia seorang pendidik, seorang guru disiplin, seorg pegawai kementerian pendidikan, seorg pensyarah maktab perguruan, seorg ayah dan seorg suami kpd ibu ku. (klik play lagu di atas dan teruskan pembacaan anda, terima kasih) . Lebih dikenali sbg Cikgu Bakar...sgt mengambil berat ttg disiplin anak2 dan anak org lain. . Sering masuk surau stp maghrib pada rakaat terakhir utk memastikan tiada kanak2 atau anak remaja di luar surau yg bermain atau melepak... dan bila berada dlm surau akan perhatikan saf kanak2 dan anaknya pun kadang2 ada dlm tu terima habuan kalau dia perasan bermain dlm saf hehehe...kdg2 akan ada kwn yg beri signal "cikgu bakar sampai!!!" Smua berlari masuk dlm saf... . Jarang menyentuh kami adik beradik ketika kejut utk bangun tdo awal pagi. Hanya dgn panggilan kami adik beradik akan kelam kabut dptkan tuala terus ke bilik air... itu saat paling melucukan bila kami berborak ttg ayah bersama adik ber...

MENJADI PELAKON SELEPAS MENGHIDAP SINDROM

Image
Inspirasi dari kisah benar... Seorang ibu menyedari anaknya mengerdipkan mata lebih dari biasa. Pada mulanya si ibu anggap mata anaknya dimasuki habuk, namun kerdipan luar biasa mata anaknya tidak berubah.  Bukan itu saja, anaknya turut akan tergagap tanpa boleh dikawal dan kepalanya sedikit terhangguk-hangguk.  .  Setelah dirujuk kepada doktor, anak lelakinya disahkan mengalami penyakit dan nama pendeknya dikenali sebagai sindrom tac.  .  Semenjak hari itu anaknya mula diam dan mengasingkan diri kerana tertekan dengan keadaan dirinya dan merasa malu. Dia lebih banyak duduk di rumah dari bermain bersama kawan dan jiran. Adakalanya anaknya lebih suka berada di ruang privasinya dan melepaskan segala yg terpendam dalam hatinya.  .  Pada satu hari,  si ibu sedang membelek-belek video kameranya. Dan tanpa disedari, rupanya si anak telah merakam aksinya apabila berlakon sendirian. Dan si ibu sangat terperanjat apabila dia melihat rakaman an...

KISAH SEBENAR SEWAKTU NABI MUHAMMAD SAW WAFAT

Image
Kisah Nabi Muhammad SAW menyebut  "ummati.. ummati.." adalah kisah versi syiah. ๐Ÿ˜ฑ . Dalam kisah tersebut diceritakan Fatimah berada di sisi baginda sehingga baginda wafat dan perkataan terakhir yg disebut baginda adalah "ummati... ummati..." Di manakah Aisyah isteri baginda? . Ini kerana golongan syiah telah melaknat Aisyah, sebab itu nama aisyah tidak disebut dalam cerita kewafatan nabi. . . Menurut riwayat Sahih Muslim : .  Dari Aisyah r.a berkata, "ketika Rasulullah berada dalam keadaan sihat wal afiat, baginda pernah bersabda, "Sesungguhnya seorg nabi tidaklah diwafatkan hingga diperlihatkan kepadanya tempat di syurga lalu dia dipersilakan untuk memilih. . Aisyah berkata, "ketika malaikat pencabut nyawa datang kepada Rasulullah, sementara kepala baginda berada di PANGKUAN saya, maka Rasulullah pengsan beberapa saat. Tak lama kemudian dia sedar kembali. . Setelah itu, baginda tetap pandang ke atas sambil mengucapkan, ...

JALAN ITU ADALAH TAKDIR KITA

Image
INSPIRASI HARI 7 KITA SERING BERTEMU PADA JALAN TAKDIR YANG SERING KITA ELAK. ITULAH JALAN-JALAN KETENTUAN ALLAH YANG TERBAIK. . . Dalam menempuh kehidupan ini, sedari awal antara kita telah pun sedia merancang kehidupan seharian atau pun masa depannya. Namun sedar atau tidak, seringkali rencana kita tidak berjalan dengan baik atau langsung gagal!!! . Dan pada saat itu kita berasa kecewa dan bagi yang tidak punya iman akan mula menyalahkan orang lain serta takdir. . Ini adalah cara merespon pada situasi dengan cara yang salah. Kerana harus kita ketahui, memang benar kita telah merancang TAPI... ALLAH juga telah merancang dan perancangan ALLAH itu lebih bijaksana. . Dengan keterbatasan ilmu yang kita miliki kita telah merasakan bahawa kita telah merancang denganbaik. Tapi sebenarnya akan wujud cabaran-cabaran yang tidak dapat kita jangka dan akhirnya kita terpaksa melalui jalan yang lain atau mengambil keputusan yang lain yang mana mungkin tersasar dari apa yang dirancang. ....