Posts

Showing posts from October, 2017

HAPUSKAN 1000 KESALAHAN ANDA

Image
IN SPIRASI HARI 3 . Dari Sa'ad bin Abu Waqas r.a.  dia berkata : . . Kami pernah berada di sisi Rasulullah saw. Setelah itu baginda bertanya,  . . "Apakah mampu salah seorang dari kamu memperoleh 1000 kebaikan dalam sehari?" . . Lalu salah seorang dari para sahabat bertanya, . . "Ya Rasulullah, bagaimana mungkin seseorang akan mampu meraih 1000 kebaikan dalam sehari?" . . Rasulullah berkata, "Ketahuilah bahawa orang yang bertasbih seratus kali akan dicatat seribu kebaikan untuknya dan dihapus seribu kesalahan darinya." . . Sahih Muslim . . Tasbih : “Subhanallah”, ertinya “Maha Suci Allah”. . Tahmid : “Alhamdulillah”, ertinya “Segala Puji Bagi Allah”. . Takbir : “Allahuakbar”, ertinya “Maha Besar Allah” . . Tahlil : “Laa ilaha Illallah” ertinya “Tiada Tuhan Selain Allah”. . Istighfar : “Astaghfirullah hal adzim”, ertinya “Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”. . . #inspirasihari   Tasbih digital ...

RAMAI SEDANG MENDOAKAN ANDA

Image
INSPIRASI HARI 2 . . "Ketika kamu merasa akan putus asa, ingatlah di luar sana ada orang yang terus mendoakan agar kamu tetap kuat." . . Ujian demi ujian yang dilalui adalanya mampu melelahkan kita. Saat hidup dalam kedukaan musibah masih datang menimpa diri kita. Sehingga satu tahap kita sudah seperti kehilangan harapan. . . Namun harus kita sedari, setiap ujian itu datang dengan hikmahnya yang tersendiri. Seperti hujan lebat yang turun berteman ribut petir, sesudahnya pelangi yang indah bakal menjelma bersama sinar mentari yang cerah berseri. . . Di setiap hari-hari yang kita lalui kita tidak pernah tahu betapa kita dikelilingi oleh ramai manusia yang sedang mendoakan kita. Ajaib bukan? . . Bagi yang tidak mempunyai ramai kawan atau telah ditinggalkan sahabat pasti merasa sangat berduka. Dalam keadaan di saat musibah datang melanda tiada teman dapat membantu atau untuk sekadar meluah rasa. . . Kini anda bakal sedari di setiap liku-liku hidup anda tetap a...

KISAH GELAS SEPARUH PENUH

Image
Inspirasi dari kisah benar. . . Seorang ibu memiliki seorang  anak yg kacak, cerdik dan berpengetahuan luas bernama Jacob. Walaupun memiliki kelebihan tersebut, Jacob cenderung untuk melihat dgn prespektif "GELAS SEPARUH KOSONG". . . Si ibu sudah mencuba pelbagai usaha untuk mengubah attitude Jacob dari suka merungut dan berpandangan negatif kpd lebih bersyukur dan positif. . . Pada sambutan hari jadinya, si ibu menabung untuk membawanya ke Disneyland... Mereka bukan kerluarga yg kaya tapi si ibu sanggup untuk berkorban sedikit wang untuk jacob kerana dirasakan ia berbaloi. . . Selepas puas bersuka ria di Disneyland, mereka semua tumbang keletihan dan si ibu bertanya.. "Kamu gembira jacob?" dan jacob menjawab...  "Taman permainan Pirates of the carribean tutup". . Jacob Marshal!!!  Si ibu menjerit... Si ibu betul2 tidak dapat menahan marah kali ini. Sambil berkata.. "Kita berdiri dan menunggu dalam barisan selama 1 jam setengah utk meli...

KETENANGAN ADALAH SUMBER KEBAHAGIAAN

Image
INSPIRASI HARI 1 . . "Ketenangan hati adalah apabila kita percaya setiap kesusahan hidup akan berakhir dengan kegembiraan. Kita percaya dan kita berjaya." . . Hidup ini sememangnya berliku dan kemanisannya hanya dapat kita rasakan setelah berjaya melaluinya. Namun setiap kesusahan itu bakal memberikan pengalaman dan pengajaran yang sangat bermakna buat kita. Cuba imbas kembali kesusahan-kesusahan yang telah anda lalui. Dan yang paling penting APAKAH YANG ANDA TELAH PELAJARI DARI KESUSAHAN ITU? . . Anda telah pelajari sesuatu dari itu. Itu adalah harga yang sangat mahal yang tidak mungkin dirasai oleh orang lain dan anda telah melaluinya. Dan itu menjadikan anda lebih istimewa berbanding yang lain melalui pengalaman itu. . . Kesusahan yang dihadapi mampu diubah selagi anda terus cekal untuk itu dan percayalah anda mampu hadapinya kerana KEGEMBIRAAN sedang menanti anda di hadapan sana. Lalui sahaja kesusahan itu dengan bahagia dan bersyukur di samping berdo...